“Yo kawan! Selamat pulang! Wey korang! RAJA PES dah balik wey! Hahaha!” bingit suara Anas, jiran bilik sebelah semasa Alim memapah Ashraf turun dari kereta. Buat seketika, Ashraf menjadi tumpuan ramai di tengah-tengah foyer Seri Putera.
“Cap, kau cane? Dah sihat ke?”
“Weh Acap, mu sakit gapo deh? Nampok sihak ja sokmo?”
“Tah hang ni, awat salu aku nampak hang nala punya happy go lucky? Tup-tup dengaq cita hang masuk sepital. Pasaipa?”
“Woa woa! Kalau ye pun nak wat press conference, nanti nanti la wey! Korang tak nampak ke Acap baru je sampai ni? Aishh!” ujar Alim. Ashraf di sebelah hanya tersenyum.
Peristiwa petang tadi semasa dia dibenarkan pulang dari tahanan wad, berlegar di kotak fikiran. Tak sangka caring gak dorang ni! Monolog Ashraf sendiri.
Secara tidak sengaja, matanya tertumpu pada foto Aira yang berkebaya sulam Indonesia yang dilekatkan di dinding biliknya. Tangannya dipanjangkan, lantas foto itu ditarik keluar.
‘Aira….’ Nama itu dipanggilnya sayu.
Telefon yang berada di bucu katil, diambilnya. Dengan kasar, dipicit-picit perut telefon itu.
Bila rindu, pejamkan mata. Dan saya akan muncul. Walaupun hanya khayalan.
CONTACT – SAYANG – SENDING MESSAGE
Dia sesungguhnya tak mengaharapkan Aira membalas mesejnya. Cukup sekadar dia melepaskan rindu yang ternyata sendat di dada. Cukuplah sekadar Aira mengetahui betapa dia rindukan gadis itu. Dia sedar, tindakannya bodoh. Dia cukup sedar kenyataan itu. Melukai hati yang galak mencintainya. Menghancurkan istana cinta yang dibinanya sendiri. Mengkhianati ikrar janji yang sendiri dilafaz. Katakan, manusia mana lagi yang layak digelar bodoh selain dia?
Ya Allah maha pemurah dan maha pencipta
Terima kasih atas pertemuan antara aku dan dia
Jika nyata bukan dia pemilik tulang rusukku
Kikiskanlah pesonanya dari kedua mata
(THE FABULOUS CATS-PERGILAH AYU)
Ashraf terbaring lemah di dalam biliknya di asrama Seri Putera. Matanya memandang siling.
“Lim, bila aku takde nanti tolong tengok-tengokkan Aira ye?” seraya Alim menoleh ke arah Ashraf.
Assignment Madam Susan dihadapannya dibiarkan seketika.
“Ape kau merepek tengah-tengah malam buta ni Acap oih? Gila!”
“Aku serius ni Lim. Aku rasa aku tak lama dah ni. kau tolong eh?”
“Woi, kau jangan bagi aku takut!” Alim merapati katil Ashraf. Hatinya terasa sebak.
“Kau bagitau dia, aku sayang dia sangat-sangat.”
“Cap, kau jangan Cap. ASTAGHFIRULLAH, Acap! Mengucap Ashraf!”
“ASHHADUALLAILAHAILLALLAH, WAASYHADUANNAMUHAMMADARRASULULLAH…….”
“YA ALLAH, Acap!!!” Alim mula kaget.
**************************************************************************
“Lim, aku nak tengok Aira bahagia! Aku taknak tengok dia sedih-sedih bila dia dapat tau aku sakit! Aku tak sanggup tengok dia nangis.” Alim mendengar teliti.
“Aku taknak tengok dia sorang-sorang nanti bila aku takde. memanglah aku nak sehidup semati dengan dia, aku cintakan dia Alim! Tapi, umur dia akan jauh lebih panjang dari aku! aku ni, bila-bila masa Tuhan boleh amik nyawa aku!” Ashraf sebak. Ada takungan airmata di tubir matanya. Pantas, kaca mata ditanggalkan. Segera dikesat, agar tidak berlinang.
“Ye, kau boleh cakap aku bodoh! Kau boleh cakap aku lelaki tak guna, pape je yang kau nak cakap. Tapi aku buat ni semua sebab Aira! Tindakan bodoh aku yang kau cakap ni semua sebab cinta aku pada dia! Gila aku lama-lama macam ni Lim. Gila! Aku cintakan Aira, aku sayang dia! Kalau boleh, aku nak jadikan dia isteri aku. mama aku mesti suka.bakal menantu dia cantik, periang, bijak. Tapi semua tu mustahil Lim. Semua tu takkan berlaku!” empangan pecah sedikit demi sedikit. Takungan air menitis perlahan.
“Sebab tu aku sengaja wujudkan Najwa! Aku jadikan Najwa, perempuan yang tak pernah wujud tu muncul dalam hidup aku! Aku taknak dia kecewa dengan aku nanti. Lebih baik dia frust ngan aku sekarang. Sebab tu aku tak kisah kalau dia bencikan aku. sekurang-kurangnya, dia dapat lupakan aku slowly. Takdelah nanti, bila aku dah mati pun, dia still tak dapat lupakan aku!”
‘I am not afraid to keep on living
I am not afraid to walk this world alo…’
Panggilan masuk membuatkan Alim tersentak dari lamunannya.
AIRA – CALLING
“Hello. Alim bercakap. Kalau bukan nak bercakap ngan Alim, sila dail nombor lain ye? Harap maklum,”ada sisa-sisa ketawa di hujung talian.
“Ye encik Alim, aku nak bercakap ngan kau la ni. ishh, tak abis-abis dengan perangai loqlaq kau tu!”
“Haha! Yes miss? Ade pape yang aku boleh tolong kau?”
Aira tersenyum. Anak patung teddy bear yang berada di tangannya dipegang kemas.
“Aku dah graduate! Yeay! Alhamdulillah, pass with honour!” girang suara Aira
“Lahh, yeke? Congrates Ra!! Aiseh, camne aku boleh lupa konvo kau arini? Ishh wey, sori la banyak-banyak. Aku bz sangat sampai terlupa! huhu,” Alim menepuk-nepuk dahinya. Dalam hati, dia
memyumpah seranah dirinya sendiri.
“Hehe, but at least kau bagi jugak present kat aku kan?” kepala teddy bear yang dia terima tengah hari tadi selepas usainya majlis graduasi, diusap lembut. Tiada nama pengirim. Yang tertera, cuma namanya; AIRA SYAKIRA.
“HAHA! Kau ni, kot ye pun nak perli aku janganlah sampai camtu sekali. Bila masa aku bagi kau hadiah?”
“Ehh? Dah nyanyok ek? Abis tu, teddy bear yang aku pernah bagi kat Ashraf dulu ni sape yang bagi kat aku balik kalau bukan kau? Kau je kan yang ade simpan barang-barang dia? Kalau bukan kau, sape yang bagi balik kat aku?”
“Hahh?? Aku tak pernah simpan satu pun barang Acap la!”
Aira kaget. Dia terkesima apabila figura itu muncul di depan mata.
“Hello?? Aira?? Weh, kau ade lagi ke tak tu??”
“Bila rindu, pejamkan mata. Dan saya akan muncul.” Figura itu menegur.
Tutt tutt tutt
Talian dimatikan.
“Mulut tu jangan bukak luas sangat Aira. Gajah pun boleh masuk tau?” figura itu bersuara.
Aira berlari mendapatkan lelaki itu. Lelaki yang dirinduinya selama ini setelah hampir dua tahun. Secara spontan, dia memeluk kemas lelaki itu. Terlupa dia berada di tengah-tengah lautan manusia yang masih berjubah konvokesyen. Buat seketika, dia menangis dalam dakapan Ashraf.
“Shh! Dah dah sayang, jangan nangis lagi dah,” belakang Aira ditepuk lembut.
“Maafkan saya. Saya tak sengaja,” Aira melepaskan diri dari dakapan Ashraf, selepas menyedari perbuatannya terpeluk lelaki itu. Rona muka bertukar merah. Malu.
“Awak! Awak jahat tau! tinggalkan saya!” Aira menampar bahu Ashraf. Bibir munggilnya mula terukir senyuman. Air mata tak kering-kering merembes keluar!
“Ouch ouch! Sakitlah sayang! hehe, saya tak ke mana pun lah. Saya pergi berubat, sayang. pemindahan buah pinggang. saya sakit,” air mata Aira dikesat lembut.
“Saya tau tu. Bodoh betul awak kan? kenapa sanggup tipu saya tentang Najwa? Nasib baik Alim bagitau saya semuanya,” mata Ashraf ditenung tajam.
“Alim dah bagitau awak? Semuanya?”
“Emm, semuanya! awak ingat bila saya tau awak sakit, saya akan tinggalkan awak ek? terkejut, marah, sedih sangat mula-mula tau pasal 'Najwa' awak tu!”
“Hehehe, tapi sekarang awak dah tau citer sebenar kan? Awak pun bodoh sayang. kenapa awak sanggup tunggu saya selama ni? sedangkan awak tau peluang saya hidup, nipis?” Ashraf tersenyum memandang Aira yang mencebik.
“Sebab saya cintakan awak! Dan saya jugak tau, Allah sayangkan kita. Saya yakin awak akan terus hidup!” Aira menangis kegembiraan.
“Sayang, maafkan saya. Saya terpaksa buat camtu. Saya taknak awak kecewa nanti andai la katakan saya mati! Saya tak sanggup tengok my comey2 ni sedih.”
Aira hanya terenyum lebar. Syukur, doanya selama ini dimakbulkan Tuhan.
“Aira….” Panggil Ashraf lembut.
“Sudi awak jadi suri di hati saya buat selamanya? Jadi isteri dan ibu kepada anak-anak saya nanti?” Anak patung teddy bear dihalakan tepat terkena hidung Aira.
“Asalkan takde lagi ‘Najwa’, saya terima,” pantas, Aira memeluk teddy bear dihadapannya.
“Noob, hehe. Nope, no more Najwa. No more anyone else. Just you!” ujar Ashraf, tertawa sambil menarik lembut hidung mancung Aira.
“Awak la noob!!”
Mereka ketawa. Sambil berjalan merentasi ribuan graduan berpimpinan tangan. *correction, berpimpinan tangan anak patung teddy bear yang berada di tengah.
ALHAMDULILLAH J
Aku fikirkan mendung berterusan
Tapi kini mentari muncul lagi
Ku rasa kembali kehangatannya
Maafkan aku meniggalkanmu
Itu kulakukan kerana cintaku padamu
Ku tak sanggup melihat kau tersiksa
Tapi kini mentari muncul lagi
Ku rasa kembali kehangatannya
Maafkan aku meniggalkanmu
Itu kulakukan kerana cintaku padamu
Ku tak sanggup melihat kau tersiksa
Tuhan saja yang tahu perasaanku
Berperang dengan suasana
Hinggakanku terpaksa meninggalkanmu
Kerana tak sanggup melihat kau menderita
Menyesalnya ku kerana menyangkal
Berperang dengan suasana
Hinggakanku terpaksa meninggalkanmu
Kerana tak sanggup melihat kau menderita
Menyesalnya ku kerana menyangkal
Nasib tak menyebelahi
Cinta dan hidup kita
Syukur Tuhan masih sayang pada kita
Masih sayang, masih ada cinta
Cinta dan hidup kita
Syukur Tuhan masih sayang pada kita
Masih sayang, masih ada cinta
Maafkan aku meninggalkanmu
Itu kulakukan kerana cintaku padamu
Ku tak sanggup melihat kau tersiksa
Itu kulakukan kerana cintaku padamu
Ku tak sanggup melihat kau tersiksa
(SLAM-MENTARI MUNCUL LAGI)
dialog ade update sikit. :)
ReplyDeletebez !!
ReplyDelete