Aira : Ashraf…. Sy ad benda nk bincang ngn awk.
SEND – ADD RECEPIENT – CONTACT – LUV ASHRAF –SENDING MESSAGE
Telefon di tangan digenggam kemas. Aira menarik nafas dalam-dalam.
MESSAGE SENT – DELIVERED TO LUV ASHRAF
TING!
Ashraf : Bincang ape syg? J
Aira : Look, sy mmg tak sepatutnya bgtau bnda ni kat awk. Tp sy terpaksa. Kalau sy simpan lama2, lg trok rsenye. Awk jujur ngn sy, bley? Sy xnk awk jwb soalan sy ni semata mata nk jaga pasaan sy. hmmm, siapa najwa? Najwa asri? Dia msg sy dlm fb bpe ari lps, dia ckp awk boyfriend dia. Btol ke? Npe awk wat camni acap? Awk kata dulu mse mula2 nk tackle sy, awk single? N now, who is she?? Dia ckp, awk sanggup tinggalkan dia sume sbb sy. npe camtu? N guess what? She even call me perampas! Awk, awk tau kan yg sy mmg cukup pantang, mmg cukup benci ngn perempuan yg perampas! Tp, skg ni title tu ad pd sy?? hah! Npe awk sanggup wat camni acap? Npe awk tipu sy?? npe mesti bila sy dh bg awk hampir seluruh hati sy, awk mainkan perasaan sy camni? Npe tak dr dulu je awk terus terang dr sy?? awk igt sy ni ape? Terdesak sgt ke nk bercinta? Hey, kalau sy tau dari dulu y gawk ni dh ade girlfriend, tak kebulur la sy nk terima awk. Pls acap, pls be honest! Sy nk tau kebenaran yg sbnr arini gak… sy dh taknak hidup dlm penipuan awk!
Lama Aira menatap baris-baris ayat itu sebelum butang send ditekan. Pantas, segala-galanya tentang dia dan Ashraf menari-nari di kepala. Satu-persatu memori bersama Ashraf diulang tayang di mindanya.
“I LOVE YOU SO MUCH AIRA SYAKIRA!!” dia terseyum sendiri mengingati suara lantang Ashraf menjerit di pantai Teluk Batik semasa mereka berkunjung ke sana bersama rombongan kolej.
“Aira syg, takde org lain yang sy sayang, yang sy rindu, yang sy cinta, dan mcm2 yang lagilah dlm dunia ni kecuali mama n ayah sy, dan jugak awk syg.”
“Aira, janji ngn sy. awk jgn tinggalkan sy ye syg? sy sayangkan awk sgt2!!”
‘ASTAGHFIRULLAH!! Apa yang aku buat ni?’ seraya Aira mengucap setelah lamunannya terputus. Air mata yang mengalir, disekang lembut dengan jari runcingnya. Punat hijau yg tertera di papan kekunci telefon, segera ditekan.
SENDING MESSAGE --------------MESSAGE DELIVERED TO LUV ASHRAF
Aira menggagahkan tulang empat keratnya berdiri lalu mengorak langkah ke bilik air. Kesejukan air pada waktu malam begini mencucuk-cucuk menggigit tulang sum-sumnya. Lantas, diangkatnya wuduk sementelah menyedari bahawa dia belum lagi menunaikan kewajipannya sebagai seorang muslim.
Air mata Aira tumpah lagi setelah kedinginan air wuduk itu menyapu lembut muka mulusnya. Ketenangan yang dicari-cari akhirnya bertakhta di jiwanya tatkala doa selepas solat Isyak dia tadahi agar Ya Muhaimin mengurniakannya secebis kekuatan melupakan cinta duniawinya.
Usai menunaikan solat, dia kembali ke katilnya. Kerlipan cahaya dari telefon bimbitnya membuatkan Aira teruja ingin melihat apakah Ashraf sudah membalas mesejnya sebentar tadi.
1 MESSAGE RECEIVED – AMAR
Amar : Halu nenek! Kau dah ok ke belum? Ke moody lagi? Aku plan nk ajk kau kua sekali ngn aku n nana. Kau bwk acap, kte double date. Hehe ^^
Aira mengeluh. Kecewa. Lain yang diharapkan, lain yang datang. Dengan rasa malas, dia membalas mesej Amar.
Aira : Tahla, wat mse ni jgn text aku eh? Nnt ble aku da btol2 ok, aku bgtau kau. Btw, thanks ajk aku kua tu, but sori sgt aku takley.
Amar : Lohh, emm ok la camtu. Weh, taknak share ngn aku ke probs ko? Mne tau aku bleh tlg ke?
Aira : nope, tq.
Aira menghempaskan badannya ke atas katil. Jam di dinding menunjukkan pukul 12:30 am. Rasa mengantuk, malangnya mata tak boleh lena.
Ashraf.. Ahh, nama itu cukup membuatkan benaknya terasa kusut. Dalam diam, Aira mendengus kasar sambil matanya melilau dalam kepekatan malam tanpa sesabit bulan mahupun sekerlip bintang di langit hitam di luar jendela kamarnya. Segelap hatinya saat itu.
‘ Di manakah janjimu, yang kau tabur dulu? Sebelum ku serahkan cinta..’
Bait-bait melodi lagu kumpulan Ukay’s tiba-tiba menerjah akalnya yang kosong. Sebak mendengarkan hati kecilnya menyanyi sepi dalam jasadnya, tapi air mata Aira cuma bergenang di tubir mata tidak terluah. Penat. Lantas, dipejamkan kedua-dua matanya perlahan-lahan, berharap agar esok ada sekilas bahagia buatnya.
KRINGG! KRINGG!
Bingit bunyi alarm clock di telefon bimbitnya, menyedarkan Aira dari mimpi.
1 MESSAGE RECEIVED – LUV ASHRAF ; 3:45 am
Lama dia menatap skrin telefon itu. Tangannya bergetar, kepalanya terasa berat. Tanpa dia sedari, air mata yang kini seringkali menjadi teman baiknya gugur lagi. Bahunya terhinjut-hinjut. Dadanya sebak. Kakinya lemah.
Luv Ashraf : Sy mintak maaf awk. Ye, najwa tu girlfriend sy. dan kami still bersama. Maaf tak bgtau awk awl2. Dan maafkan sy jgk, sbb kali ni sy trpaksa lepaskan awk. Sy syg awk, tp sy lebih cintakan najwa. Lupakan sy, cz u deserve someone else who is better than me. Maaf byk2.
aku memang terlanjur mencintaimu
dan tak pernah ku sesali itu
seluruh jiwa telah ku serahkan
menggenggam janji setiaku
ku mohon jangan jadikan semua ini
alasan kau menyakitiku
meskipun cintamu tak hanya untukku
tapi cubalaha sejenak mengerti
bila rasaku ini rasamu
sanggupkah engkau
menahan sakitnya
terkhianati cinta yang kau jaga
cuba bayangkan kembali
betapa hancurnya hati ini
kasih semua telah terjadi
aku memang terlanjur mencintaimu...
(KRISPATIH – BILA RASAKU INI RASAMU)
~to be continue~
No comments:
Post a Comment