FACEBOOK – SEE ALL MESSAGES
Hai, sori kalau msg sy ni dtg tak bertempat.. emm awk tentu kenal acap kan? so, how’s him? Boleh sy tanya, dh brape lame awk knal acap? Awk rasa awk mmg dh betul2 kenal dia ke?
Oh ye, lupa nk kenalkan diri. Tp sy rse takyah la kn? Awk reti bace kn nme sy.
Urmm tujuan sy bg msg ni bknla sbb ap, cuma nk bg ‘nasihat’ cket kat awk.. tolong jangan dekat dengan acap.. sy maksudkan, TOLONG JAUHKAN DIRI awk dari dia.. n tlg jgn ganggu dia lagi..
For ur information, sy ni girlfriend acap.. dan kalau awak nk tau, disebabkan awk la acap jauhkan diri dari sy! awk ni dah desperate sgt ke nak ade boyfriend sampai boyfriend org pun awk nk kebas?? Mana maruah awk??
Sy mmg taknak gado ngn awk, tp kalau awk tak gatal nk goda acap takkan la dia boleh suka kat awk n amik awk kononnya girlfriend dia?? Sejak dia jumpa awk, langsung dia bia kan sy gantung tak bertali! Heh, sayang kan.. harap muka je cantik. Tp dasar perampas!!
This is my last WARNING. Putus dgn dia secepat mungkin, dan jgn ganggu kami lg. tu pun kalau awk rse nk selamat. Dan tlg jgn bgtau acap pasal hal ni.
FACEBOOK – NAJWA ASRI – VIEW PHOTOS OF NAJWA
Aira tersandar. Kaku. Fikirannya kosong. Nyata, perempuan ini benar. Beberapa gambar Ashraf terpapar di dalam albumnya. Di ‘tag’ ke atas nama Najwa Asri. Yang menjadi tanda tanya, tiada satu pun gambar Najwa sendiri di dalam albumnya. Yg ada cuma gambar kartun-kartun yg comel dan seorang lelaki; Ashraf.
Melihatkan itu, Aira mengeluh. Cursor dibawakan ke arah kanan skrin laptop.
FACEBOOK – ACCOUNT – LOGOUT
Masuk kali ini, sudah hampir sepuluh kali dia mengulangi perbuatan yang sama. Entah bila masa si perempuan yang bernama Najwa Asri ini berada dalam senarai kawannya di akaun Facebook nya, dia tidak pasti. Dia buntu.
TING!
1 MESSAGE RECEIVED
Luv Ashraf : Syg.. J
MESSAGE – DELETE – MESSAGE DELETED – SWITCH OFF PHONE
*********************************************************************
“Uhukk uhukk! Ehhm. Uhukk uhukk!” tidur Alim dikejutkan oleh bunyi batuk Ashraf. Sebagai teman sebilik, pantas dia menghampiri Ashraf yang terduduk memegang dadanya.
“Kau ok ke Cap?” dengan mata kuyu, Alim menggosok-gosok belakang Ashraf.
“Uhukk!! Lim, erhhm! Aku, erhhm.. aku rindu, uhukk! Aira,” Ashraf mengurut dadanya menahan sakit.
“Heh kau ni. Suspender aku tau tak? Igtkan ape la tadi,” Alim terus menapak menuju ke katilnya sebelum menghempaskan badannya ke atas tilam menyambung mimpi yang terganggu tadi.
“Kau kalau rindu, call jela dia. Sampai bila kau nak camni,dia berhak tau pasal kau tau tak?” sambung Alim berbasa-basi. Matanya sudah tertutup separuh.
Ashraf yang sudah berhenti batuk, merenung Alim yang nyenyak dibuai mimpi. Pandangannya jatuh pula ke arah patung teddy bear yang kini menjadi bualan hangat penduduk blok Seri Putera kerana kemuraian mulut Alim menyebar cerita. Ditenungnya tajam kearah beruang kecil itu seolah-olah anak patung itu mahu membahamnya.
************************************************************************
Aira membiarkan Ashraf bersendirian di tengah-tengah lautan manusia itu. Dia hanya tertawa kecil dari jauh melihat Ashraf yang termangu-mangu mencari sesuatu.
Dia merapati Ashraf, lalu pinggang kiri Ashraf menjadi mangsa cubitan halusnya.
“Ouch! Opocot mak hang!” Ashraf menjerit lantang membuatkan semua mata yang berada di situ berpaling memerhatikan mereka.
“Hahaha! Cari ape tu awk?” muka Ashraf memerah menahan malu. Aira yang ligat mentertawakan dirinya berada betul-betul di sebelahnya.
Comel! Nakal betul dia ni! Ujar Ashraf dalam hati memandang Aira tajam.
“Alolo! Ingat sy takut la tu dengan pandangan tajam awk tu? Hahaha!” Aira masih ketawa. Orang ramai yang memerhatikan mereka tadi sudah mula beransur meneruskan aktiviti mereka yg terhenti sebentar tadi.
“Hii! Gerammye sy ngn budak kecik ni!” Ashraf mencubit manja pipi Aira. Terjerit-jerit Aira menahan sakit.
“Haa, kan dah tak pasal-pasal ade blusher dah! Haha!” Aira mencebik. Ashraf ketawa besar menandakan kemenangan dia pada petang itu.
“Alolo sayang, merajuk ek? Eh, tengok tu! Ape kat pipi syg tu? Merah sgtla! Pakai blusher ek nk jmpe sy ni? Hihihi!” Ashraf galak mentertawakan Aira membuatkan gadis itu bertambah muncung menahan rajuk.
“Awak ni! Tak aci tau! Sy buat awk sikit je.” Protes Aira memalingkan mukanya ke arah lain. Shopping bag yang dipegangnya hampir saja terlepas.
“Hahaha! Padan muka awak! Wekk wekk!” Aira memandang penuh geram!
Hiii! Rase nak cekik-cekik je dia ni tau!
“Alolo syg, da la majok tu. Tak comel pun la! Haha, nnt cepat tua tau!” semakin galak Ashraf mengacau Aira. Aira hanya membatu, masih masam mencuka.
“Auchak! Ececeh, auchak budak busyuk! Hihi nak gelak tapi tahan!”
“Hii! Jahat tau awk ni! Urmm hehehe, yela tak jadi merajuk da,” Aira kembali senyum menampakkan lesung pipitnya.
Ayunya awak Aira! Jerit Ashraf dalam hati sambil memerhatikan tangan Aira yang ligat mengeluarkan sesuatu dari beg membeli-belah yang di bimbitnya semenjak tadi.
“SURPRISE!!!” seekor anak patung beruang berwarna coklat dibawa keluar lalu diletakkan betul-betul di hadapan muka Ashraf. Membuatkan Ashraf terjerit kecil terperanjat.
“Selamat hari jadi yang terlewat Acap! Hehehe,” patung beruang itu diletakkan di atas riba Ashraf yang masih terpaku kekejutan.
“Warghhh! Comelnye! Tak penah lagi org bg sy teddy bear tau syg, awk sorg je! So sweet!”
“Hehe takpe kan sy bg awk teddy ni? Tak bermakna org laki tak suka teddy bear kan?” Aira tersenyum meleret, membuatkan Ashraf terpaku melihatnya.
“Acap?? Acap!!”
Tersentak Ashraf mendengar ada suara garau memanggilnya. Matanya masih terasa berat, dadanya masih sakit. Perlahan-lahan dia membuka mata.
“Woi bangunla! Ko taknak pegi kelas ke weh?” Alim bertanya sambil membetulkan ikatan tali lehernya di hadapan cermin.
“Aku tak larat la Lim. Badan aku tak sedap.”
“Ahh kau tu, memanjang tak larat! Nnt kalau Madam Susan tanya nnt aku nak jawab apa? Tak larat aih aku tiap-tiap hari dia asyik point nama aku je tanya kau,” bebel Alim memasukkan buku-bukunya ke dalam beg galas.
“Kau bukan tak tau mulut dia tu, potpet potpet 24 seven! Telinga aku ni dah naik bernanah je kau tau?”
Ashraf hanya membisu. Melihat tiada respons dari Ashraf, Alim menghampiri katil Ashraf.
“Weh, aku gi kelas dulu la camtu. Kalau kau……YA ALLAH! Acap!!”
~to be continue~
No comments:
Post a Comment