“Kau tau, aku rasa kau la makhluk yang paling bodoh pernah aku kenal?!” bentak Alim sambil memandang ke luar jendela.
“Kalau kau dah nak pentingkan diri kau tu sgt, tak payah la sampai kau sakitkan hati dia! Hey, tak guna la kau belajar tinggi-tinggi tapi nak jaga sorang perempuan tu pun payah! Orang lain pun sayangkan awek gak, tapi tak la seteruk kau!” Alim memandang Ashraf dengan pandangan yang cukup jelik. Nafasnya turun naik.
“Aku cuma taknak dia terluka satu hari nanti. Pada aku, biarla dia luka sekarang daripada dia luka kemudian,” ujar Ashraf perlahan, antara dengar dan tidak.
“Kau memang bencikan Aira kan? kau memang tak pernah cintakan dia kan?”
“Lim, tolong la Lim. Aku ada alasan kukuh kenapa aku buat camtu,” Ashraf mula sebak.
“Alasan?? Tu la kau kan? dari dulu sampai sekarang, tak abis-abis ngan alasan la, motif la, ape la. Kau tu cakap je pandai, buatnya tak pernah!” bentak Alim lagi membuatkan bilik yang sunyi sepi itu bergema dengan suaranya.
“Aku…….”
“Dah la Acap, aku malas cakap ngan kau ni. Bukannya kau pernah nak dengar cakap aku pun. Yela kan, kalau betul kau cintakan Aira kau tak wat camni. Aira berhak tau keadaan sebenar!”
“Encik Alim, maafkan saya. Tolong rendahkan suara encik ya? Ini hospital, saya tak mahu ketenangan pesakit-pesakit di sini terganggu. Maafkan saya,” jururawat yang dari tadi memeriksa kadar tekanan darah Ashraf bersuara.
Alim mula menapak meninggalkan bilik wad itu. Pintu bilik dihempasnya kuat. Mengejutkan Ashraf dan jururawat tadi serta beberapa orang awam yang lalu lalang di luar bilik itu.
“Encik Ashraf berehat ya? Sejam lagi, saya ambil lagi tekanan darah encik,” pesan jururawat tadi sebelum melangkah keluar. Ashraf hanya mampu menganggukkan kepalanya.
‘Kau memang bencikan Aira kan? kau memang tak pernah cintakan dia kan?’
‘Alasan?? Tu la kau kan?’
‘Aira berhak tau keadaan sebenar!’
Suara Alim berulang kali terngiang-ngiang di telinganya.
‘Aira berhak tau keadaan sebenar! Aira berhak tau keadaan sebenar! Aira berhak tau keadaan sebenar!!’
“SUBHANALLAH!!” Ashraf tersentak. Mimpinya tadi beransur luntur didominasi dunia realitinya. Mukanya yang sedikit cengkung itu diraup perlahan. Kepalanya berdenyut-denyut. Matanya berpinar, namun masih mampu mencapai telefon bimbitnya di meja sisi yang tersedia di bilik itu. Jarinya ligat memicit-micit permukaan keypad gajet itu.
SEARCH CONTACT – SAYANG – CALL
Tutt..tutt.. sesaat, dua saat, tiga saat, empat saat, lima saat, enam…..
“Hello?” lembut suara Aira masih sama.
“Aira sayang…”
“Emm nape awk call sy ni? Ade pape yang saya boleh bantu?”
“Sy rindu awak, sayang.. uhhhukk!!” Ashraf batuk keras.
“Awak ok ke tak ni?”
“Saya rindu awk sgt2! Erhhmm!! Uhukk uhukk!”
“Ashraf, stop it! Kita kan dah takde pape. Cukup-cukuplah awk mainkan perasaan sy,” suara Aira sebak.
“Awak benci sy, Aira?”
Aira membisu. Yang kedengaran cuma suara turun naik nafasnya. Kencang.
“Bagusla kalau awak dah bencikan saya, sayang. Uhhukk! Uhhukkk!! Erghh! Cakap yang awk bencikan saya, boleh?” soal Ashraf.
Aira di seberang talian sudah mula membanjiri matanya. Deras.
“Aira….?” Suara Ashraf mulai kencang. Suaranya antara jelas dan tidak. Nafasnya kedengaran terumbang-ambing.
“Acap?? Ashraf, awk ok ke tu?” gelisah Aira mendengar suara Ashraf.
“Temankan saya sayang, boleh kan?”
“Ape yang awk ckp ni??”
“Kepala saya berat sgt, saya tak larat. Saya rasa macam nak pitam,” Ashraf semakin lemah.
“YA ALLAH! Acap, kenapa ngan awak ni??” sebak suara Aira.
Senyap.
“Ashraf, saya bacakan awak surah Yassin ye?”
“Emm.. tapi sebelum tu, maafkan saya sbb sakitkan hati awk. Betul, awk patut cari someone yang lebih layak untuk awk berbanding saya. Uhukk! Awak, erghh! Awak terlalu baik untuk saya,” ujar Ashraf perlahan.
“Shhh! Dah, diam. Awak jgn cakap pape dah. Awak diam okey?” Aira semakin sebak. Terdengar bunyi esakannya dari hujung talian.
“Aira, shhh! Jangan nangis sayang. Air mata awak tu terlalu berharga untuk org yang macam saya.” Sepi benar suara Ashraf membuatkan air mata Aira semakin deras menuruni pipi. Esakannya semakin kuat.
Surah Yassin yang diletakkan di bawah bantal dikeluarkannya. Dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, Aira memulakan bacaannya. Sayu.
“ YASSIN. WALQUR’ANILHAKIM. INNAKALAMINAL MURSALIN………….”
Sepanjang dia membaca Surah Yassin, Ashraf hanya berdiam tanpa sepatah kata.
“SADAQALLAHULAZIM…..” selesai 83 baris ayat yang dibacanya, nama Ashraf dipanggilnya. Namun yang kedengaran cuma bunyi turun naik nafasnya.
Dah tido la tu.. Aira tersenyum.
‘Selamat malam sayang, walau ape sekalipun yang awk dah wat kat saya, saya tetap sayangkan awak. Saya tak pernah pun bencikan awak, walaupun awak dah banyak lukakan hati saya. Siapalah saya nak bencikan awak kan? Rasulullah sendiri pun tak pernah bencikan umatnya. Saya tetap tunggu awak, Ashraf. Saya tetap tunggu awk kembali pada saya, walau bape tahun sekalipun. Walaupun saya tahu, awak lebih cintakan dia. Maafkan saya, tak dapat jaga awak sebaik dia. YA ALLAH, Kau lindungilah Ashraf. Kau sembuhkanlah dia walau apa sakit sekalipun. Ashraf.. saya tetap sayangkan awak. Saya bahagia kalau awak pun bahagia. Saya cintakan awak, Ashraf…’
Mata Aira ditutup perlahan-lahan. Talian telefon tidak diputuskan, hingga dia tertidur berlatar belakangkan nafas Ashraf.
Tuhan maafkan diri ini
Yang tak pernah bisa menjauh dari angan tentangnya
Namun apalah daya ini
Bila ternyata sesungguhnya aku terlalu cinta dia…
(ROSSA-TERLALU CINTA)
~to be continue~
weh korang, nak komen, komen la kat sni. tau tau. :)
ReplyDeletesedih sangat,walaupun dah baca banyak kali =')
ReplyDelete